HOME   |   Pendaftaran  |   Log In ahli   |   Log In Staf   |  Log In ALK  |   Facebook  |  Wordpress  |   Forum   |  About 

 

PENGENALAN

Assalamualaikum wbth

Bismillahirrahmannirrahim

VISI

Demi Mencapai Matlamat Tertinggi Keredhaan Allah MardhotiLllah

MISI

Melaksanakan Amal Soleh Untuk Umat Manusia Melalui Pendekatan Tarbiyah Dan Dakwah

 

Sejarah Penubuhan KoBar

Idea untuk menubuhkan, memiliki dan mengendalikan sebuah pusat perkhidmatan kepakaran dalam bidang kesihatan dan perubatan mula di cetuskan oleh ahli-ahli Kelab Kesihatan HALUAN aka KKH yakni kelab yang terdiri dari pengamal perubatan yang menjadi ahli Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia aka HALUAN

Berlandaskan semangat kemuafakatan, KKH telah melancarkan Projek Poliklinik dan Pusat Bersalin Barakah. Oleh kerana majoriti ahli KKH adalah pegawai perubatan yang sedang dalam perkhidmatan kerajaan, methode pengumpulan dana yang terbaik adalah melalui koperasi. Oleh demikian sebuah koperasi baru yang di beri nama Koperasi Kesihatan Barakah Klang Berhad telah ditubuhkan dengan objektif jelas yakni mengumpul dana bagi membiayai projek KKH ketahap Fasa 2 yakni penubuhan Pusat Perubatan Barakah.

Fasa 1 Projek Poliklinik dan Pusat Bersalin Barakah berada pada tahap yang amat memberangsangkan. Dengan bantuan ahli KKH melalui KoBar, bebanan peringkat pernubuhannya (3 tahun pertama) dapat dikongsi bersama.

Fasa 2 Projek Pusat Perubatan Barakah semakin perlu dipercepatkan memandangkan kebanyakkan pasien merupakan pasien berisiko tinggi hingga memaksa Pakar O&G menyambut anak mereka dihospital2 swasta yang memiliki kemudahan Operating Theater. Dengan pembinaan Pusat Perubatan Barakah aka Barakah Medical Centre masalah tersebut dapat diatasi dengan segera.

Keanggotaan KoBar

Anggota KoBar dibahagi kepada dua kategori;

Anggota kategori A – Pengamal atau pekerja Perubatan
Anggota kategori B – Bukan kategori A (memerlukan sokongan 2 dari kategori A)

Anggota KoBar setakat ini adalah 95 orang, majoritinya adalah pengamal perubatan bertauliah dan ahli keluarga mereka.

Yuran Pendaftaran adalah RM50 sekali seumur hidup.

Saham Minima untk melayakkan hak keanggotaan RM2,000 (boleh secara ansuran)

Yuran Bulanan adalah RM100 sebulan. Yuran terdiri dari sumbangan pentadbiran sebanyak RM5 sahaja. Selainnya masih dimiliki anggota menurut pecahan berikut;

RM15 untuk Tabung Takaful Kesihatan
RM10 untuk Saham Minima
RM35 untuk Tabung Simpanan al Wadiah
RM5 untuk Tabung Infaq Kebajikan
RM30 untuk Tabung Pelaburan
RM5 untuk Sumbangan Pentadbiran

 

Maklumat Lanjut Sila hubungi En Radzi 012-377.7766